Tuesday, December 7, 2010

..buat bakal imamku..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang daku memulakan coretan daripada lubuk hatiku ini… terimalah coretan ini dengan hati yang terbuka daripada bakal makmummu ini…
Wahai bakal mujahidku yang telah tertulis di Luth Mahfuz sebagai mujahidku dunia akhirat…. Terciptanya aku daripada tulang rusuk kirimu… itulah yang sering ku dengar bila berbicarakan tentang cinta Adam dan Hawa…
Wahai bakal suamiku, Aku sedang menantimu, Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, Seorang rijal yang mencintai melebihi segala-galanya kpd Sang Khaliq . Seorang mujahid yang mengharapkan darahnya tertumpah sbgai darah syahid… Seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,kau menasihati ku supaya mengingati mati.Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,kau menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Aku mencintai Kau kerana agamamu dan kerana cintamu kepada Maha Pencipta.Andai kau hilangkan cintaNya, maka hilanglah cintaku padamu.Cintamu terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA.Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilihmu..
Wahai bakal mujahidku… Mujahidahmu ini tidak kisah walau bagaimanapun keadaan fizikalmu… cuma, mujahidahmu di sini sangat kisah tentang keadaan imanmu…. Aku amat berharap… kau adalah salah seorang yang akan menyambung perjuangan nabi ,kita…Nabi Muhammad s.a.w…kerana….impianku….Adalah untuk menjadi sayap kiri dalam perjuangan jihadmu...
Aku juga harapkan darahku ini akan tertumpah sebagai darah syahid… mujahidahmu disini memerlukanmu untuk merealisasikan impianku ini….pintaku.. Janganlah kau biarkan impianku ini hanya impian dan angan-angan yang kosong sahaja…. Kau teruskanlah memimpin tanganku…. Papahlah aku…. Bantulah aku…..
Persiapkanlah aku dengan ilmu yang melimpah-limpah agar semua itu dapat aku jadikan perisai untuk melindungimu,membantu dan menjadi sayap kirimu yang paling utuh sekali hanya untukmu wahai mujahidku demi memperjuangkan agama Kekasih kita yg Hakiki…

Siapakah kau..???Aku juga tidak mengetahui siapakah kau jodoh ku,hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.Doaku, semoga kau tercipta untuk ku.Semoga aku bertemu jodoh dengan kau.Kerana..Kau pilihan ku..

No comments:

Post a Comment